cari apa???

Wednesday, 26 November 2014

Solok lada

Bahan-bahannya (untuk 7 biji lada besar):

- 10-12 biji lada besar (dihiris tengah, dibuang biji dan rendam dalam air kejap)
- 3 ekor ikan selayang sederhana besar (ambil isinya sahaja tanpa tulang)
- 1 inci halia
- 4 ulas bawang merah
- 5 biji lada hitam 
- 2/3 cawan kelapa putih
- 7 sudu santan pekat
-garam dan gula mengikut rasa

Cara memasakknya:

- tumbuk lumat isi ikan bersama halia, lada hitam dan bawang merah.( pakai blender rempah pown boleh )
- tumbuk bersama dengan kelapa putih.
- gaulkan bahan2 yang ditumbuk tadi bersama garam dan gula dalam bekas. Gaul sehingga sebati.
- sumbatkan bahan2 tadi kedalam lada tadi hingga padat dan susun dalam periuk.../ pemanggang ajaib
- masukkan santan pekat tadi ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga kering santan atau cili layu... Santannya jgn lebih.. Agak2 mcm dlm gmbar ni je 

( gambar dr encik google ni.. Xsmpat nk snap gmbar td )


Nilah hasilnya.. Walaupun comot tp best.. 



No comments:

Post a Comment