cari apa???

Saturday, 4 January 2014

Mengapa Perlu mempertikaikan rezeki orang lain???

( Menjadi kaya tidak dilarang oleh islam, malah setiap orang Islam digalakkan menjadi kaya. istilah kaya pula bukan semata-mata kaya harta malahan lebih dari itu. Semua orang mempunyai bahagian rezeki masing-masing. Rezeki setiap kita sudah ditentukan Tuhan, namun yang membezakan kita adalah kegigihan dan kesungguhan dalam mencari rezeki. 


Adakah anda mahu tahu rahsia rezeki?


Menurut buku "Saya Tidak Mahu Kaya Tetapi Harus Kaya" tulisan Aa Gym ada menceritakan mengenai hakikat rezeki yang perlu kita fahami supaya kita tidak menjadi hamba kepada wang dan harta semata-mata?


1. Rezeki yang dijamin


"Tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allahlah yang memberi rezeki padanya" Surah Hud, ayat 16.  


Setiap kita sudah dijanjikan rezeki masing-masing. Yang penting kita perlu risaukan supaya rezeki itu adalah halal dan samada kita bersyukur semasa menikmatinya.


2. Rezeki yang digantung


"Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri". Surah ar-Rad, ayat 11.


Ada masa kita mendapat rezeki yang sedikit dan adakala rezeki kita sangat lumayan. Yang penting adalah samada kita bersungguh-sungguh dalam mendapatkannya.

 Jika kita sudah bermati-matian berusaha tetapi masih tidak memperoleh seperti yang kita harapkan, maka seharusnya kita menerima hakikat bahawa memang itulah rezeki yang telah tertulis untuk kita pada ketika itu.


3. Rezeki yang dijanjikan


"Apabila kamu bersyukur, pasti Aku menambah nikmat kepadamu, tetapi apabila kamu mengingkari nikmatku sesungguhnya azabku sangat berat". Surah Ibrahim, ayat 7. 


Apabila kita sentiasa bersyukur dan berlapang dada dengan bahagian rezeki yang diberikan kepada kita, Insya Allah, diri kita akan sentiasa gembira. 

Kita perlu ingat bahawa rezeki yang dimakan akan menjadi kotoran, rezeki yang dipakai pasti menjadi buruk dan usang manakala rezeki yang dinafkahkan akan mendatangkan nilai di hadapan Allah swt.

Rezeki yang sedikit jika dikongsi juga akan menambahkan nikmatnya dan insya Allah akan ditambah berlipat kali ganda. 


Oleh yang demikian, seandainya perniagaan kita belum beruntung, pekerjaan kita masih ditakuk lama, kenaikan pangkat belum kunjung tiba, sering kesempitan dalam hidup semuanya bukan bermakna "bukan rezeki saya". Tetapi kita tidak memiliki rezeki itu kerana kita tidak mempunya kemahiran bagi menjemput rezeki itu datang kepada kita. 


Semua orang berhak menjadi kaya, maka jangan berburuk sangka dengan Allah. Sesungguhnya Allah lebih mencintai orang Islam yang kuat daripada yang lemah.


Marilah kita berusaha memperbaiki kehidupan kita.  engapa perlu mempertikaikan Rezeki orang lain ? ) Topik kali ini agak berat. Ye la, rezeki tu kan dah ditentukan dari Luh Mahfuz lagi. Dah di coretkan terlebih dahulu sebelum kita mula mengenal dunia ini. Namun, kenapa masih ada yang mempertikaikan tentang rezeki masing-masing?

Pertama kali,adakah kita faham dengan tepat, apakah yang dimaksudkan oleh rezeki? Ramai yang berpendapat rezeki tu adalah wang,harta,makanan, perkerjaan,pangkat,jawatan,anugerah dan macam-macam lagi. Betul dan tidak salah sama sekali. Hakikat sebenar,rezeki pertama kita adalah keluarga. Rezeki kedua adalah peluang untuk hidup di atas muka bumi ini dan rezeki ketiga adalah peluang untuk beramal sebelum Allah ambil nikmat tersebut. Rezeki keluarga adalah kebahagiaan keluarga, ibu bapa, suami dan anak-anak. Peluang untuk hidup tu la yang di kategorikan sebagai rezeki kerjaya, rezeki duit rezeki naik pangkat, rezeki rumah, makan minum dan lain-lain. Akhir sekali, rezeki untuk beramal, untuk mengerjakan haji, berzakat, melakukan kebaikan dan berbakti. Tak juga salah dan tak jugak betul. Atas persepsi masing-masing.

Namun hakikatnya, ramai yang menyandarkan istilah rezeki pada duit. Sampai kadang2 gelap fikiran mengejarkan rezeki yang satu ni sampai lupa rezeki lain yang Allah SWT kurniakan pada kita. Setelah beberapa lama di teliti saya boleh bagi satu situasi untuk di jadikan persoalan bahawa adakah rezeki itu semata2 pada duit;

Gaji besar tapi familiy kucar kacir.. Gaji besar tapi selalu kemalangan, kehilangan atau kemusnahan harta benda.. Gaji besar tapi hidup sentiasa susah hati.. Pangkat tinggi melangit tapi tiada kebahagiaan dan berkat dalam hidup.. Adakah gaji yang dikatakan 'besar' itu rezeki???

Kemudian kita masukkan pula pada iri hati;

Kenapa perlu iri hati pada rezeki orang lain?
Kenapa perlu menghina orang lain ketika mereka susah tiada apa2?
Kenapa perlu mengata bila seseorang kurang rezekinya?
Dan apabila mereka terbukti berjaya.. kenapa perlu cemburukan mereka?
kenapa perlu mempertikaikan rezeki yang sebenarnya dah ditetapkan? Nauzubillahiminzalik..

Ketika kita melihat orang lain memperolehi rezeki yang baik, sepatutnya, kita yang melihatnyalah yang patut lebih bersyukur. Bahawa, Allah SWT menepati janjiNya. Sesungguhnya bahagian rezeki kita akan sampai dengan izinNya..

Jangan bandingkan rezeki kita dengan orang lain, berbesar hati lah. Kita tidak pernah tahu usaha dan apa yang pemilik rezeki itu pernah lalui. Mungkinkah hidup dia selama ini teruji dengan kesusahan? Mungkin juga kerana usaha keras dia selama ini.. dan mungkin juga dia pernah di uji dengan kehilangan, kehilangan segala2nya termasuk harta dan punca rezeki? dan Allah SWT gantikan dengan rezeki yang lebih baik.

Kalau lah ada hasad dengki di dalam hati, cubalah dengar kisah orang itu, kenali dan letak diri anda di dalam diri dia, adakah anda sanggup lalui hidup sepertinya sebelum dia mendapat rezeki yang kita iri-kan itu?? Ya Allah.. Jadi, mari kita muhasabah, kita fikir balik, perlu kah kita berhasad dengki? Cukuplah kita kagum dan berusaha untuk memperolehi rezeki, jangan diselitkan dengan penyakit hati yang satu ini.

Alhamdulillah, Allah SWT dah turunkan rezeki pada hambaNya itu. InsyaAllah, giliran kita pula akan sampai pada ketika dan waktu yang Dia rancangkan untuk kita. Cepat atau lambat hanya Dia yang lebih mengetahui dan ada hikmahNya.

Percaya pada janji Allah SWT. Seandainya hati kita mudah punya perasaan hasad dengki (PHD) melihat rezeki serta kelebihan orang lain dan suka mempertikaikan dan memandang rendah padanya dan sering kali melihat kelemahan dirinya untuk menghukum dia tidak layak untuk "rezeki" tersebut...ternyata tiada bezanya kita dan Iblis Laknatullah .. yang asalnya Ketua Para Malaikat .. tetapi kerana sifat dengki dan egonya...dia mempertikaikan Adam yang di pilih sebagai Khalifah oleh Allah ... kerana dengki & egonya itulah Iblis dilaknat Allah sehingga hari ini kerana mempertikaikan sunnatullah ..wallahu'alambissowab!!



Pesanan: setiap apa yg dikongsi tidak ada kaitan dgn sesiap ok... Sekadar perkongsian demi kebaikan diri sendiri dan yg lain2... Jgn cepat menghukum atau menilai... Sentiasalah berfikiran positif sesama manusia.. Dan bukan juga kongsi berniat utk menunjuk nunjuk atau riak.. Sekadar berkongsi... Mungkin ada yg salah faham ttg setiap perkongsianku... Mohon ampun dan maaf dipinta... 

No comments:

Post a Comment