Cara buat resepi biskut mama carry
Biskut mama carry sedap
Tentang mama carry
Resepi Biskut Mama Carry, adalah antara Kuih Raya yang paling popular dan disukai ramai. Mama carry ini sangat sedap, ia juga lembut dan bila kita makan ia akan cair di mulut dan gebu, Bahagian atas sedikit rangup dan manis. Pasti berbaloi mencuba biskut mama carry yang sedap ini.
Masa:Penyediaan: 30
Memasak: 60
Keseluruhan: 90 minutes
Jumlah Hidangan : 36
Memasak: 60
Keseluruhan: 90 minutes
Jumlah Hidangan : 36
Resepi cara buat biskut mama carry yang sedap
Bahan-bahan untuk buat biskut mama carry
- 400g tepung gandum*
- 300g mentega2 sudu besar tepung
- jagung*(diayak bersama)
- 100g gula aising
- 1sudu kecil esen vanilla
Bahan-bahan untuk aicing dia pula
- 2 biji putih telur
- 150g gula aising
- 1 sudu kecil tepung jagung
- pewarna coklat/serbuk koko untuk hiasan/lorekan corak
Cara-cara penyediaan biskut mama carry
- Pukul mentega,gula aising sampai kembang boleh guna planta untuk biskut kali ini.
- Kemudian masukkan esen vanilla kedalam adunan tadi, kacau hingga sebati.
- Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tadi tidak melekat di tangan atau menjadi doh.
- Selepas tu canaikan doh tadi dan mula terapkan acuan
- Susun diatas dulang yang telas dicalitkan dengan mentega.
- Ketepikan dulu biskut tadi dan kita buat aising dia pula.
Untuk ising biskut mama carry
- Putarkan putih telur sehingga kembang.
- Masukkan gula aising sedikit demi sedikit diikuti dengan tepung jagung dan putar sehingga sebati.
- Asingkan sedikit untuk dijadikan hiasan.
- Masukkan pewarna/serbuk koko ke dalam adunan yang diasingkan jika ingin guna warna lain boleh juga.
- Sapukan aising tadi ke atas biskut mama carry tadi.
- Kemudian boleh lorekkan warna coklat tadi keatas biskut.
- Hiasan ikut suka dan kreativiti sendiri, inilah masa hendak tunjuk kebolehan sendiri.
- Bakar biskut mama carie ni selama 20 minit dengan suhu 180c.
Serba sedikit info tentang cara membuat dan resepi biskut mama carry yang mudah lagi sedap, semoga perkongsian ini membawa manfaat pada anda semua.
No comments:
Post a Comment