cari apa???

Tuesday, 4 November 2014

Nasi briyani simple dan senang

NASI BERIANI AYAM BERSAMA MAGGI

5 pot beras basmathi - basuh dan rendam selama lebih kurang 1/2 jam

bahan A ( ditumis )
5 sudu besar minyak masak biasa
5 kuntum - bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
1 batang - kayu manis
3 biji buah pelaga
2 paket Perencah nasi briyani maggie
1 kiub pati ayam maggie

5 cawan air ( macam masak nasi biasa )
1/2 cawan susu cair 

bahan kisar
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia

Bahan C 

Lada besar potong tebal
Daun ketumbar hiris
2 biji tomato potong dadu

Ayam - bahagian kepak, leher, kaki atau mana-mana bahagian yang digemari
garam secukup rasa


Hiasan:
Pewarna oren
Gajus panggang ( xletak pun.. Xsuka )
Kismis ( suka hatilah byk mana nak ltk )
Cili benggala merah dan hijau - dadu
Hirisan daun ketumbar

Cara-cara Penyediaan Nasi: ( pakai rice cooker je )

1. Panaskan minyak tumiskan bahan A sehingga naik bau dan wangi.  Masukkan bahan kisar dan kacau sehingga berbau wangi. Kemudian masukkan rempah nasi briyani dan kiub pati ayam. Biarkan hingga wangi dan agak pekat.
2. Masukkan ayam, agak2 rempah dah masak, masukkan beras.. Kaau sebati
3. Masukkan air sama sukatan dgn beras td. Dan 1/2 cawan susu cair.biarkan mendidih.
4. Apabila mendidih.. titiskan pewarna kuning di setiap tmpat air disih tu.. Biarkan air kering.. Kemudian Gaulkan dengan perlahan-lahan untuk mendapat warna yang menarik. Biarkan nasi masak gembur2kan nasi supaya masak rata. 
5. Taburkan gajus panggang, cili benggala dan hirisan daun ketumbar semasa menghidang. Hidang nasi bersama Ayam Beriani MAGGI, acar dan papadom.

* aku hidangkan dgn kari dan goreng berempah je... Encik suami xsuka acar dan papadom seme tu 😁😁😁

No comments:

Post a Comment