Bahan-bahannya: ( anggaran 3 org camtu )
6 ketul isi Ayam
2/3 kotak Santan ( aku pakai santan kotak ayam brand yg kecik tu je ) 10 tangkai Cili Padi – tumbuk 5 ulas bawang merah - tumbuk 3 ulas bawang putih - ditumbuk 1 inci halia - ditumbuk 1 inci kunyit hidup – tumbuk 1 btg Serai-diketuk 1 - 2 keping Asam keping 1- 2 cawan air ( tgk jugak kepekatan mgikut citarasa masing2... Mcm aku encik suami xsuka sgt pekat2... Garam gula ajinamoto secukupnya
Cara memasak:
-Toskan ayam yang dah siap dicuci untuk mengeluarkan lebihan air.
-Kemudian, masukkan ayam tadi bersama bahan2 yg dah di tumbuk ( boleh je pakai blender rempah tu ) masukkan jugak santan, dan air di dalam periuk dengan api perlahan. Jgn lupa masukkan sekali serai .
- kacau smpailah ianya masak...
Bagi yang suka pedas boleh letakkan cili padi/api lebih.
Bila dah masuk santan, kuah masak lemak kene sentiasa dikacau supaya tak berketul dan naik minyak, Untuk masak lemak ayam, cukup lah letak 1-2 asam keping yg kecik.. kecuali kalau masak lemak ikan boleh letak 2-3 keping sebab masakkan ikan memang kena rasa masamnya tu. Kalau nak letak kentang pun boleh jugak..
Nak cantik ltk hirisan daun kunyit... ( optional )
No comments:
Post a Comment